Tuesday 2 December 2014

Episode 'reunion' Berasap


Assalamualaikum uollss….
Yayy !!!!!! Daku berjaya menaip entry hari ni.
Hahaha….. Padahal entry bertangguh dalam draft.
Okay. Konon reunion la sangat. Padahal selalu la jugak jumpa
Tapi Awatif selalu jumpa dengan kawan mesti keluar makan kat kedai je
So, untuk kelainan sikit, kitorang plan buat makan2 sendiri je. Jimat skit kan
Untuk 8 orang bajet dalam RM130 siap bley tapau lagi. Kira jimat la tu kan.

Memandangkan Awatif dengan Ana je yang ‘free’ pada ketika itu, maka kami la yang buat semua makanan
Ana buat perapan ayam untuk bakar, yang lain2 Awatif buat.
Memandangkan Awatif tuan rumah, (walaupun kat rumah tok sebenarnya) maka banyak la kerja Awatif
Dan pada ketika itu, daku buat semuanya SEORANG DIRI!!!!
Ohoiii penat tak terkata berperang di dapur hampir 6 jam seorang diri. Tapi syok masak2 nih
Awatif dah la jenis ‘terlalu’ kemas, maka kerja pun buat lambat2 la.
Bila dah sorang2 je buat, tak ada si kembar, semua makanan yang lebih Awatif tapaukan saja untuk diorang.

Menunya adalah:
1. Ayam dan sosej bakar (2 ekor ayam)
2. Steamboat dengan berbagai jenis ‘balls’ dan sayur
3. Kek coklat caramel
4. Mee
Nampak macam sikit, tapi banyak sangat sampai tak larat makan
Kalau steamboat kat kedai, sorang dah hampir RM20, tak boleh tapau2 nih.
Kalau yang makan ikut jam tu lagi la macam rugi je rasa kan?
Memandangkan Awatif tengah lapar ketika menaip entry ni, Awatif nak ‘hidangkan’ gambar weollss untuk uolss. Boleh???



- Nampak motif nak bergambar je lebih kan -


- While waiting for the api nak jadi bara, makan kek dulu. dan kek jugaklah yang msuk gambar dulu -

- Aigooo..... Amin so childish. Comei sangat la??? -

- This is what we call 'grilling with technology' -

- Hasilnya. Ni pun sat je masuk perut -

- Amin lagi??? Bahan steamboat separuh je yang masuk gambar dan separuh lagi dalam freezer -



- Well hello, gambar mestilah banyak sebelum makan -

- Amin yang mensabotaj orang lain dengan gambarnya lebih teserlah -

- Dan gambar groufie selepas makan. Konon 'sekali lagi je' padahal dengan berpuluh gambar ni je. Awatif nampak macam maid2 je. Pakai cincai nau -

Dannn......
Kesianlah bagi mereka-mereka yang tak dapat hadir.
Insyaallah ada rezeki, iolss buat lain ye...
Sebelum akhiri entry nih, Awatif nak share sos lada hitam yang Awatif buat untuk makan dengan ayam tuh.
Resepi nih Awatif ambil kat blog Embun Kaseh Rosaliza.
Tengah sibuk2 masak sempat jugak search cari resepi nih.
Senang je buat, masak pun jadi, sedap pulak tuh. Alhamdulillah senang kerja daku.
Uolss pun bley try okay. Makan dengan chicken chop sedap nih.


p/s: I'm glad having such understandable friends like them. Thanks Allah

Monday 1 December 2014

10 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum uolss…….
Apo khabar???? Lama nau nauuu Awatif tak update blog nih…
Macam mana la nak success kalau malas kan.
Sebenarnya bukan malas sangat pun.
Tapi banyak kerja. Dan Awatif biasanya akan fokuskan hanya satu benda kalau benda tu lebih penting.
Kalau rajin mengupdate tu maknanya tak ada kerja penting la tu. Haha
InsyaAllah lepas ni kalau tak ada kerja penting nak mula balik aktiviti blogwalking.
Dah lama rasanya tak lepak2 kat blog uollss kan….

Dah masuk December 2014 uollss…. Sekejap je kan???
Okay…..
Untuk amik keberkatan sempena rajin hari ni, Awatif nak share benda2 berfaedah sikit la.
Tak ada la sepanjang masa Korean saja kan.
Hello…. Iollss pun normal macam orang lain jugak.
Bukan hidup 100% Korea ja….. Ye idokk???
Semoga daku rajin hapdet blog nih untuk esok, lusa, tulat dan hari seterusnya. Hehe



10 AMALAN MURAH REZEKI
Ada antaranya Awatif sendiri amalkan.
Jomlah kita sama2 amalkan semoga dimurahkan rezeki.

1. Berpagi-pagi bangun dan bekerja.
Kalau dah bangun lambat, memang tak kerja la namanya. Macam mana rezeki nak masuk kan

2. Berzikir
Tasbih (33x) - Subhanallah
Tahmid (33x) - Alhamdulillah
Takbir (33x)  - Allahuakbar

3. Lakukan solat dhuha
Awatif sendiri amalkan jugak solat sunat dhuha nih. Tapi kalau time sibuk tu, hampeh kemana tinggal habis.

4. Banyakkan beristighfar. (Astaghfirullahhaladzim)
Kadang2 kita tak sedar pun kita buat salah. Apa salahnya kita beristighfar kurangkan sikit dosa tu. Peringatan untuk Awatif sendiri jugak.

5. Banyakkan berselawat.
Ada banyak doa2 selawat. Baca la mana yang uollss boleh ingat. Paling kurang, mestilah ingat selawat nabi kan.
Riwayat Tabrani: “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.

6. Tunaikan hajat orang.
Kalau uollss mampu, tunaikanlah. Ikut kemampuan masing2 yer. Apa salahnya kan. hehe

7. Beri makan haiwan.
Bagi pets uollss makan pun dah okay. Haiwan doakan kita tau. Awatif sendiri sebenarnya tak suka sangat bela haiwan peliharaan disebabkan Awatif memang freakin pembersih. Tapi ada jugak la bagi kucing si kembar makan. Tu pun diorang yang belikan makanan. Awatif cuma tolong bagi makan je. Boleh kira ke??? Hehe

8. Banyakkan bersedekah.
The more you give, more you get. Betul kan??? Jangan kedekut sangat. Kalau ada sikit, bagi sikit. Kalau ada banyak, bagi banyak lagi bagus.

9. Eratkan dan jalinkan silaturrahim.
Memang susah kalau kita ada tak suka seseorang, kemudian nak berbaik. Memang susah sangat. Rasa meluat meluap-luap lagi adalah kan. Bermaaf-maafan lah. Kalau dah ada masalah dengan orang lain, macam mana orang nak doakan kita kan. Kalau kita berbaik dengan orang lain, at least ada jugak yang doakan kesejahteraan kita kan. Bagi salam pun doa tu.

10. Amanah, jujur dan ikhlas
Tak kira la apa yang uolls buat, niat tu paling penting. Kalau dah niat pun jahat, jahat la jadinya. Kalau niat baik, Insyaallah baiklah la jadinya.



p/s: Walaupun macam2 benda termasuk hal belajar agama kita senang boleh search ja, tapi kadang2 susah jugak semua benda tak semuanya betul kat internet nih. Banyakkanlah rujukan.